4 Mac 2016


Anhui: Seorang wanita memakan lima kilogram durian dalam masa beberapa minit selepas dilarang membawa buah berkenaan ke dalam kereta api.

Wanita itu mulanya ditahan oleh pegawai keselamatan di sebuah stesen kereta api di wilayah Anhui selepas mereka terhidu bau ganjil yang kuat dari bagasinya.

Selepas memeriksa, mereka menemui durian itu dan memberitahu wanita terbabit, dia tidak dibenarkan membawanya menaiki kereta api.

Kerana tidak mahu menanggung kerugian dan waktu berlepas sudah hampir, wanita berkenaan membuka buah itu dan memakan hampir lima kilogram isinya dengan rakus, sehingga hidungnya berdarah.

Kejadian itu yang membabitkan penumpang kereta api bertindak serta-merta dalam pertelagahan dengan pihak berkuasa keselamatan stesen kereta api.

Bulan lalu, seorang pekerja menyembelih dua ekor ayam di sebuah stesen selepas dilarang membawa haiwan itu menaiki kereta api.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!