1 Mac 2016


BRITAIN . Seorang ahli seni mempertahankan diri dihukum penjara 23 tahun selepas didapati bersalah menikam bekas teman wanitanya hingga maut.

Laporan Dailymail mengatakan Jordan Taylor menikam Laura Davies sebanyak 80 kali pada 3 Julai lepas.

Daripada jumlah tikaman tersebut, Laura ditikam 18 kali di muka, dan tiga kali di belakang kepala.

Tikaman ganas Jordan juga menyebabkan pisau berukuran enam inci yang digunakan menjadi bengkok.

Sebelum kejadian, Laura telah menamatkan hubungan mereka yang ketika itu tinggal bersama di sebuah flat kongsi.

Laura juga sebelum itu mendakwa Jordan telah mengawal hidupnya termasuk memilih baju untuk dipakai, menghalangnya keluar dari rumah dan mengawal akaun bank mangsa.

Keluarga Laura yang bersyukur dengan hukuman yang dikenakan ke atas Jordan kini berhajat untuk membantu wanita yang menjadi mangsa serangan domestik.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!