2 Mac 2016


SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 19 April depan bagi sebutan semula kes bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook miliknya.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan peguam yang mewakili Abdul Rahim, Ahmad Al-Hady Abdul Razak.

Abdul Rahim, 65, didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya, Rahim Tamby Chik, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada pukul 8 pagi, 25 September lepas

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!