24 Mac 2016


Bakal Menteri Kewangan Myanmar hari ini terkejut selepas mengetahui ijazah doktor falsafah (Ph.D) yang diperolehnya daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) adalah palsu, beberapa jam selepas barisan baharu Kabinet negara ini didedahkan.

Pendedahan itu dibuat pengguna laman media sosial Facebook merujuk kepada maklumat dikeluarkan Kabinet yang menyatakan Kyaw Win memiliki Ph.D daripada Universiti Brooklyn Park.

Menurut pengguna Facebook dalam satu status yang viral, universiti dalam talian berkenaan tidak wujud dan direka sebuah kumpulan Pakistan yang mengaut keuntungan menjual sijil ijazah dan Ph.D palsu.

Kyaw Win, 68, berkata, beliau sendiri tidak tahu tentang perkara itu sehinggalah status terbabit viral di Facebook.

“Kebenaran ini sangat menyakitkan,” katanya kepada AFP.

Kyaw Win mengaku beliau ‘melanjutkan’ pengajian di universiti palsu itu pada usia yang tua kerana dahagakan ilmu, namun tidak dapat berbuat demikian ketika muda kerana kekangan kewangan.

“Saya memang mahu belajar dari muda. Saya juga tidak berhenti belajar sepanjang hidup saya, namun saya tidak dapat belajar di luar negara kerana tidak mampu,” katanya.

Kyaw Win adalah seorang daripada 18 individu dalam barisan Kabinet pemimpin Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi yang bakal memulakan tugas pada 1 April ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!