23 Mac 2016


Sebuah panel juri kelmarin memerintahkan legenda gusti Amerika Syarikat (AS), Hulk Hogan dibayar pampasan berjumlah AS$140 juta (RM569.7 juta), lebih AS$25 juta (RM101.7 juta) daripada yang diputuskan pada ming­gu lalu berhubung penyia­ran sebuah klip video seks oleh laman web hiburan, Gawker.

Hogan, 62, atau nama sebenar, Terry Bollea berjaya membuktikan penyiaran rakaman curi yang memaparkan dia melakukan hubungan seks bersama isteri seorang rakannya jelas melanggar hak privasi dan menjatuhkan maruahnya.

Klip video itu mempunyai durasi kurang daripada dua minit. Hogan menangis pada Jumaat lalu selepas panel enam juri berkenaan mengumumkan pampasan tersebut di St. Petersburg, Florida selepas bersidang selama enam jam. Ganti rugi itu adalah AS$100 juta (RM406.9 juta) lebih tinggi daripada yang diminta Hogan.

Undang-undang negeri Florida bagaimanapun menetapkan pampasan sehingga tiga kali ganda daripada jumlah tersebut adalah dibenarkan dalam kes seumpamanya yang menyaksikan Hogan turut berhak pada ganti rugi punitif mence­cah AS$345 juta (RM1.4 bilion).

Namun, panel juri berkenaan cuma menambah AS$25 juta sebagai ganti rugi punitif kepada pampasan sebelumnya, berjumlah AS$115 juta (RM468 juta).

Peguam Hogan menyatakan, klip video itu yang disiarkan pada Oktober 2012 telah ditonton sekitar tujuh juta kali.

Gawker yang mungkin berdepan muflis, akan merayu keputusan tersebut.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!