8 April 2016


Miri: Bukan satu ataupun dua pesanan tetapi wanita berusia 40 tahun yang bekerja di Restoran Taj dekat Lutong, boleh mengambil pesanan minuman dan makanan membabitkan 20 pelanggan tanpa membuat sebarang catatan dalam satu masa.

Situasi itu pastinya memukau pelanggan di restoran mamak itu yang teruja dengan kelebihan Rahaya Ekawati setiap kali mengambil pesanan.

Rahaya berkata, kebanyakan pelanggan terkejut apabila mendapati dia boleh mengingati semua pesanan yang diberikan kepadanya.

“Ada satu ketika hampir 20 pelanggan dalam satu kumpulan datang makan tengah hari di sini, masing-masing meminta pesanan mereka.

“Ada yang meminta saya mencatat pesanan minuman dan makanan mereka kerana khuatir saya terlupa. Bagaimanapun, selepas saya mengulangi pesanan mereka, mereka terkejut saya dapat mengingatinya,” katanya kepada Harian Metro.

Rahaya yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu berkata, dia tidak menganggap kebolehannya itu sebagai kelebihan kerana dia hanya fokus kepada pesanan pelanggan saja.

“Mungkin daya ingatan saya kuat, walaupun saya agak berusia. Itu perkara biasa, sesiapa pun boleh lakukannya.

“Sebagai pekerja, saya hanya fokus kepada pesanan mereka saja. Setakat ini, belum ada lagi pesanan yang saya tidak dapat ingat,” katanya.

Sementara itu, majikannya, Mohamad Yaseen, 23, mengakui Rahaya memang pekerja yang rajin dan mulanya dia agak terkejut kerana dia mampu mengingat pesanan yang banyak.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!