5 April 2016


Google membuang aplikasi telefon pintar Taliban dari kedai dalam taliannya, menurut gergasi internet Amerika Syarikat (AS) itu semalam, dalam usaha mengekang usaha kumpulan militan Afghanistan itu meningkatkan kehadirannya. 

Taliban menyertai dunia aplikasi telefon pintar Jumaat lalu menerusi aplikasi bahasa Pashto digelar "Alemarah", memberi capaian kepada kenyataan dan video propaganda kumpulan itu. 

Kempen digital itu, kali pertama dilaporkan SITE Intelligence Group berpusat di AS, menambah kepada kehadiran media sosial mantap Taliban dan laman web dengan lima bahasa termasuk bahasa Inggeris. 

Namun tidak sampai sehari selepas pelancaran itu, aplikasi terbabit tidak boleh dimuat turun dari Google Play Store. Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid gagal dihubungi untuk mengulas semalam. Beliau memberitahu AFP kelmarin bahawa 'jabatan teknologi' kumpulan militan itu berusaha menghasilkan versi bahasa Parsi aplikasi itu. 

Pernah dilihat sebagai militan tanpa pendidikan, Taliban kini berjaya membangunkan pasukan perhubungan awam pakar media yang menggunakan teknologi digital untuk sampai kepada penonton di seluruh dunia. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!