12 April 2016


Kulit telur ayam yang tidak dibasuh sehingga menyebabkan dua jenis bakteria mencemari hidangan roti jala disahkan menjadi punca seramai 63 orang pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah mengalami keracunan makanan pada 2 April lalu.

Ini kerana kulit telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam bukan saja membuatkan makanan menjadi tidak bersih, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.

Pengarah Kesihatan ne­geri, Datuk Dr. Juita Ghazalie (gambar) berkata, hasil analisis di Makmal Kesihatan Awam di sini, mendapati dua jenis bakteria iaitu Salmonella dan Bacillus cereus disyaki te­lah mencemari roti jala itu.

Katanya, bakteria tersebut dipercayai disebabkan oleh kulit telur ayam yang tidak dibasuh semasa pembuatan kuih tersebut sekali gus turut mengotorkan tangan pengendalinya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!