21 April 2016


Seorang warga emas cedera di ta­ngan kiri hingga terpaksa menerima 25 jahitan akibat di­serang seekor beruk jantan peliharaannya di Kampung Buluh, Gual Ipoh di sini Ahad lalu. Beruk yang diberi nama Kandar itu kemudian ditembak mati anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) yang dipanggil selepas kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 3 petang, Adam Mamat, 78, yang mengalami kecederaan di lengan kiri dan luka di bahu, belakang dan dada me­nerima rawatan di Hospital Tanah Merah akibat gigitan Kandar.

Sebelum kejadian, Adam berkata, dia hendak memandikan Kandar malangnya haiwan itu menyerangnya dari belakang secara tiba-tiba.

“Pada mulanya saya mengikat Kandar di sebatang pokok sebelum membuka tali untuk memandikannya di perigi berhampiran rumah.

“Namun, ketika saya mengheret Kandar ke perigi, tiba-tiba ia menerkam saya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!