20 April 2016


Seorang lelaki China selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perutnya yang dikatakan sebagai antara tumor paling besar di dunia, baru-baru ini.

Menurut portal Daily Mirror, lelaki berusia 45 tahun itu yang dikenali sebagai Zhang, hanya menyedari tentang ketumbuhan tersebut lebih tiga tahun lalu selepas mengadu sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di Wuhan, wilayah Hubei.

Pada awalnya, Zhang hanya menggunakan ramuan herba untuk merawat penyakit tersebut kerana tidak mampu membiayai rawatan, tetapi ketumbuhan berkenaan semakin membesar sehingga mencapai ukuran lilit 153 sentimeter sehingga perutnya kelihatan seperti wanita yang sarat mengandung.

Malah nyawanya juga terancam apabila ketumbuhan terbabit mula mengganggu fungsi organ lain termasuk jantung sehingga menyebabkan dia sukar bernafas.

Akhirnya pada hujung bulan lalu, Zhang terpaksa menjalani pembedahan membuang tumor tersebut yang mencecah berat 30.8 kilogram, sekali gus menjadi ketumbuhan kedua paling berat di dunia.

Selepas tiga minggu menjalani pembedahan tersebut, Zhang mula pulih dan mampu mengikat tali ka­sut walaupun sebelum ini dia tidak mampu berbuat demikian akibat ketumbuhan di perutnya.

Walaupun ketumbuhan itu tidak berbahaya, doktor memaklumkan tentang risiko tumor tersebut untuk tumbuh semula pada masa akan datang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!