6 April 2016


JELAJAH ‘Selamatkan Malaysia’ telah membuka pekung pakatan harapan yang mereka kini berkecamuk.

Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail anak beranaknya tidak menyokong pakatan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tidak sudi katanya mahu duduk sepentas dengan Dr. Mahathir.

Dendam kesumatnya terhadap Dr. Mahathir tidak akan hilang sampai bila-bila kerana dikatakan ‘mengaibkan’ suami dan keluarganya.

Bukan Wan Azizah sahaja. Sebahagian besar pemimpin PKR termasuk ahli-ahli parlimennya seperti dari Kapar, menolak untuk bersekongkol dengan Dr. Mahathir. Tetapi orang nombor dua, timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menongkah arus. Barangkali label sebagai ‘anak angkat’ suatu ketika tidak pernah lekang.

Bukan semua wakil rakyat PKR menandatangani ‘deklarasi rakyat’ tempoh hari. Setiausaha Agung yang juga ‘pakar strategi’ parti itu, Rafizi Ramli khabarnya ‘terpaksa’ pergi juga ke majlis itu demi realisasikan matlamat kendiri.

Baik Dr. Mahathir, Lim Kit Siang, Mohamed Azmin Ali, mereka mahu menjayakan agenda masing-masing.

Kalau Dr. Mahathir mengatakan beliau hanya hanya mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib seorang dan bukannya Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang pula tidak begitu.

Pembangkang mahu menumbangkan BN sekali gus. Kalau seseorang pemimpin dalam UMNO itu betul-betul tulen, sebati dan totok UMNO, adakah dia berperilaku begitu?

Mana-mana Perdana Menteri semasa di puncak kuasa ‘hidup’ kerana ahli-ahli parti menjulangnya ke tahap itu.

Antara parti dan tokoh yang berjasa besar, sepatutnya dipilih parti dahulu kerana tokoh silih berganti. Sebesar mana jasapun, itu tidak boleh menjadi pertimbangan untuk mengetepikan parti.

Kongres Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di Shah Alam tempoh hari tidak menyatukan pembangkang. Kebanyakan ucapan hanya sekadar lepas geram kepada Dr. Mahathir kenapa mereka ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kehadiran dua bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Mahfuz Omar dalam kongres itu juga menunjukkan ‘perpecahan’ dalam Pas kerana tidak ‘sebulu’ dengan presidennya yang memilih tidak berpihak kepada pakatan Dr. Mahathir.

DAP pula nampaknya semakin mengukuhkan cengkamannya. Cara sama tetapi pendekatan berbeza, mungkinkah semakin cauvinis?

Yang menang di sini adalah DAP yang konsisten dari segi prinsip. Ubah rupa sahaja tetapi falsafahnya tetap sama.

Kalau jatuh UMNO, bermakna mengulangi tragedi 1511 kejatuhan Melaka dek permainan Si Kitul dan Raja Mendeliar.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!