20 April 2016


Kerajaan India masih berhasrat menuntut kembali berlian Koh-i-noor daripada Britain, walaupun Mahkamah Agung negara itu dimaklumkan sebaliknya. 

Batu permata itu jatuh ke tangan British pada kurun ke-19 dan kini menjadi sebahagian daripada mahkota Britain yang dipamerkan di Tower of London. Pemilikan permata popular itu adalah satu isu emosional kepada ramai warga India yang percaya ia dicuri British. 

Kelmarin, Peguamcara Negara India memaklumkan kepada mahkamah bahawa berlian itu "tidak dicuri atau diambil secara paksa". Ranjit Kumar yang mewakili kerajaan India dalam perbicaraan itu berkata, berlian 105 karat itu adalah hadiah kepada syarikat India Timur oleh bekas pemerintah Punjab pada 1849. 

Namun Kementerian Kebudayaan semalam menyatakan kerajaan "mengulangi kesungguhan untuk melakukan semua usaha untuk membawa balik berlian Koh-i-noor secara baik". 

Menurut kenyataan itu, kenyataan Kumar mencetuskan kejutan di India kerana tidak mencerminkan pandangan kerajaan dan hujah rasmi di mahkamah itu masih belum dilakukan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!