5 April 2016


Pernahkah anda berhadapan dengan situasi yang dialami oleh Dante Ramos ini?

Beliau dikatakan berang dengan salah seorang penumpang wanita yang membiarkan rambutnya ‘berjurai’ di kerusi dan sekaligus menghalangnya daripada melihat skrin dihadapannya.

Dante telah memuatnaik foto tersebut di twitter dengan kapsyen yang bertulis, “Tahniah, anda biadab pada ketinggian 35,000 kaki”. Lalu post tersebut menjadi viral. 

Namun tindakannya itu telah dikritik, ada yang mengutuk tindakan Dante memuatnaik foto tersebut. 

“Suruh penumpang itu minta maaf, bukan susah sangat! Tak perlu muatnaik dan viralkan perkara memalukan ini,” tulis Angela di Twitter.

Dante membalas kritikan tersebut dengan menyatakan, “untuk tidak menjadi biadap pun bukan susah sangat!,” tulis Dante sambil disokong beribu-ribu penguna Twitter yang lain.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!