20 April 2016


KITA biasa mendengar pelanggan memviralkan resit pembelian atau harga barangan dan makanan yang mahal.

Tetapi kali ini, ia lebih memeranjatkan kerana sebuah restoran mamak didakwa mengenakan caj untuk penggunaan pendingin hawa.

Seorang pelanggan memuat naik resit pembayaran di restoran itu ke laman sosial, yang bertarikh 15 April 2016.

Restoran itu dikatakan terletak di Bangsar, Kuala Lumpur dan nilai caj yang dikenakan pula ialah RM10.

Hal ini mengundang kemarahan netizen kerana ia disifatkan sebagai tidak masuk akal, kerana restoran mewah bertaraf lima bintang juga tidak mengenakan caj untuk pendingin hawa.

Majoriti menganggap ia seolah-olah tindakan untuk mengambil kesempatan atas situasi cuaca semasa.

Namun akhbar Sin Chew Daily melaporkan pemilik restoran terbabit menafikan ada mengenakan caj berkenaan.
Sebaliknya, caj untuk pendingin hawa hanya dikenakan bagi pelanggan yang menggunakan bilik khas di tingkat atas restoran, untuk tujuan seperti majlis keraian atau mesyuarat.

Dalam kes resit yang tersebar itu, ia merupakan satu kesilapan yang dilakukan pekerja restoran, dan pelanggan berkenaan telah diberikan resit yang baharu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!