27 April 2016


China: Seorang isteri yang menghubungi polis kerana mengesyaki suaminya membawa pulang perempuan simpanan terkejut apabila mendapati lelaki itu sebenarnya menyimpan 37 monyet liar di rumahnya.

Wanita berkenaan yang berang menghubungi polis pada tengah malam kelmarin dan menuduh suaminya membawa pulang perempuan simpanan serta di bawah pengaruh dadah.

Beberapa anggota polis tiba di rumah pasangan berkenaan pada jam 3 pagi, tetapi diancam oleh lelaki itu dengan pisau dan jelas di bawah pengaruh dadah.

Selepas memanggil pasukan bantuan, polis berjaya menahan lelaki itu dan menemui sejumlah kecil dadah methamphetamine.

Ketika menggeledah rumah itu, polis mengesan bau busuk dari sebuah bilik dan apabila pemeriksaan dibuat mereka menemui beberapa sangkar mengandungi monyet kecil.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!