19 April 2016


Toronto: Seorang wanita di Kanada sanggup melompat masuk ke dalam kandang harimau semata-mata mahu mengambil topinya yang terjatuh ke dalam kandang itu.

Rakaman mengerikan itu menunjukkan wanita berkenaan dengan pantas mencapai topinya ketika seekor harimau sempat menerkam ke arahnya.

Wanita itu yang nampak agak muda cepat-cepat melarikan diri dan sempat memanjat keluar sambil diperhatikan haiwan ganas itu.

Lelaki yang merakamkan kejadian itu didengar bertanya apa yang sedang berlaku manakala seorang lagi turut kedengaran mengkritik perbuatan wanita terbabit.

Selepas wanita itu selamat keluar dari kandang itu, seorang lelaki dilihat datang ke arahnya dalam keadaan marah sambil memanggilnya ‘bodoh’ selain diselar kerana memberi contoh buruk kepada kanak-kanak di situ.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!