19 April 2016


Belum reda kejadian histeria yang melanda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 di sini, lebih 30 pelajar perempuan termasuk seorang guru wanita dari tiga buah sekolah lain di bandar ini pula dilaporkan diserang histeria.

Dalam kejadian kelmarin, tiga buah sekolah terbabit ialah SMK Pengkalan Chepa 1 membabitkan lima pelajar perempuan, SMK Kemumin melibatkan 20 pelajar dan SMK Kubang Kerian 3 seramai lapan orang termasuk seorang guru.

Pihak sekolah mengambil langkah pantas dengan menghantar pelajar terbabit pulang ke rumah lebih awal bagi mengelakkan serangan itu berjangkit kepada pelajar lain.

Seorang pelajar tingkatan lima SMK Pengkalan Chepa 1, yang ingin dikenali sebagai Fatin berkata, salah seorang daripada lima pelajar tingkatan satu tersebut mendakwa melihat satu lembaga hitam di tandas.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!