12 April 2016


Polis di Brazil melancarkan gerakan memburu dua perompak bank yang membalut diri mereka dengan kerajang aluminium dalam usaha untuk mengelak dikesan sistem kecemasan.

Usaha mereka berjaya apabila loceng kecemasan tidak berbunyi.

Bagaimanapun, pengawal yang memerhatikan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mengesan pergerakan pelik di dalam bank sebelum menelefon polis.

Seorang lelaki dipercayai rakan perompak yang mengawal di luar bangunan bank itu ditangkap.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki yang membalut diri dengan kerajang aluminum itu dari hujung kaki hingga ke hujung rambut melarikan diri.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!