15 April 2016


Sebuah kereta api halimunan ciptaan arkitek terkenal Jepun dijangka bakal dilancarkan di sini menjelang 2018.

Kenderaan yang dicipta oleh Kazuyo Sejima, itu menggunakan bahan semi-reflektif dan separa lut sinar bagi menyerap pemandangan sama ada ketika melakukan perjalanan di bandar atau luar bandar, menurut laporan Newsweek.

“Tren tersebut akan membuat perjalanan di pelbagai pemandangan berbeza termasuk pergunungan Chichibu di tengah Tokyo dan saya fikir adalah lebih baik jika tren itu dapat wujud bersama dengan pelbagai pemandangan,” kata Sejima.

Sejima telah beri amanah untuk mencipta kereta api itu sempena ulang tahun syarikat Seibu Group yang ke-100.

Syarikat terbabit turut memiliki syarikat Seibu Railways yang mengendalikan perkhidmatan kereta api di sekitar Tokyo dan wilayah Saitama.

Antara rekaan terkenal oleh Sejima dan Nishizawa yang pernah menerima anugerah Pritzker Architecture Prize pada 2010 ialah Muzium Baharu Seni Kontemporari di New York, Serpentine Pavilion di London dan Pusat Pembelajaran Rolex di Lausanne, Switzerland.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!