8 April 2016


Kerusi yang digunakan penulis judul buku Harry Potter, J. K. Rowling ketika menulis dua episod terawal judul tersebut dilelong pada harga AS$394,000 (RM1.5 juta).

Dailymail UK melaporkan kerusi tersebut di Heritage Auctions di New York kelmarin.

J. K. Rowling pernah mendermakan kerusi tersebut kepada lelongan Chair-ish A Child sebagai sokongan kepada Hari Kanak-Kanak pada 2002.

Penulis tersebut juga menulis ayat-ayat hikmah di kerusi tersebut, antaranya 'saya cantik, tetapi jangan hakimi luaran saya' termasuk tandatangan peribadinya.

"Wahai pemilik baru kerusi saya, saya diberikan empat kerusi yang tidak sepadan dengan set meja makan malam pada 1995," tulis J. K. Rowling di dalam sebuah surat yang disertakan dengan kerusi berkenaan.

Katanya, kerusi berkenaan adalah yang paling selesa, menyebabkan dia selalu gunakannya ketika menggunakan mesin taip (untuk menulis buku harry Potter).

"Saya sedih untuk melihat kerusi ini pergi, tapi saya sudah puas menggunakannya," kata J. K. Rowling lagi.

J. K. Rowling merupakan antara penulis judul buku yang mencetuskan fenomena selepas Harry Potter terjual hampir 500 juta naskah dan digarap ke lebih lima judul filem terlaris di Hollywood.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!