22 April 2016


INDIA. Ketulan nanah dan bendalir otak menyebabkan seorang bayi kelihatan seperti mempunyai dua bahagian kepala.

Menurut laporan Dailymail, Yamanoor Naranal yang baru berusia lima bulan lahir dengan penyakit Encephalocele yang menyebabkan bendalir otak keluar dari tengkorak dan berkumpul di bawah lapisan kulit kepala.

Pada mulanya doktor memberitahu ibu bapa Yamanoor, Karriappa Naranal, 35 dan Shridevi Naranal, 28 bahawa anak mereka mempunyai harapan tipis untuk meneruskan kehidupan.

Kariappa dan Shridevi bagaimanapun mengambil risiko dengan membenarkan pembedahan dengan rekod kejayaan nipis sebanyak 50-50 di sebuah hospital di Bangalore, minggu lalu.

Selepas pembedahan selama enam jam, doktor berjaya mengeluarkan ketulan darah dan bendalir otak berukuran diameter 20 sentimeter.

"Bayi berisiko dilahirkan dengan keadaan sebegini sekiranya ibu mengandung tidak mempunyai asid folic yang cukup," kata Dr Hariprakash Chakravarthy.

Menurut Dr Hariprakash, pembedahan masih memberikan risiko kematian yang tinggi kepada bayi kerana bayi tidak mampu mengalami pendarahan yang banyak ketika pembedahan.

"Kekurangan darah sebanyak 10ml sehingga 20ml sudah cukup untuk membuat jantung seorang bayi terhenti.

"Selalunya pendarahan berlaku ketika kami terpaksa memotong bahagian otak yang terkeluar, tetapi Yamanoor bernasib baik kerana tiada sebarang kejadian tidak diingi berlaku," jelas Dr Hariprakash.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!