20 April 2016


Kim Jong-un dilapor mengharamkan rakyat Korea Utara memakai jean dan bertindik.

Langkah pelik terbaru terhadap ‘pakaian Barat’ itu akan menyaksikan pemeriksaan dilakukan terhadap kepanjangan skirt, bentuk kasut dan juga gaya rambut.

Pengharaman itu dibuat selepas kebimbangan mengenai penduduk yang tinggal berhampiran sempadan dengan China semakin terdedah kepada dunia luar.

Menurut laporan, pemeriksaan akan dilakukan oleh sekumpulan inspektor muda yang setia kepada diktator berkenaan.

Ishimaru Jiro, wartawan warga Jepun yang bekerja di Pyongyang berkata: “Semakin ramai rakyat Korea Utara terpengaruh dengan budaya Barat.”

“Operasi membanteras pemakaian ala-Barat akan diteruskan sehingga perhimpunan ketujuh Kongres Parti Pekerja Korea Utara,” katanya.

Bulan lalu, Kim mengarahkan lelaki negara itu meniru gaya rambutnya serta mengehadkan panjang rambut kepada dua sentimeter sahaja.

Bagi kaum wanita, mereka diarah meniru gaya rambut isterinya, Ri Sol-ju.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!