26 April 2016


Seorang lans koperal polis yang pernah menerima Anuge­rah Perkhidmatan Cemerlang Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2011 didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau ke atas tiga pelajar lelaki yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini dua minggu lalu.

Tertuduh, Lans Koperal Mohd. Khairul Hisam Azis, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Isteri tertuduh hadir di mahkamah dan setia mendengar pertuduhan yang dikenakan ke atas Mohd. Khairul. Sepanjang prosi­ding Mohd. Khairul kelihatan tenang de­ngan sekali-sekala dia dilihat menoleh ke belakang melihat galeri awam dari kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Khairul­ yang mempunyai dua anak didakwa me­lakukan kelucahan melampau ke atas ketiga-tiga remaja yang masing-masing berusia 14, 15, dan 16 tahun ketika mereka ditahan reman.

Mohd. Khairul didakwa melakukan perbuatan keji itu di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang sebanyak tiga kali iaitu pada pukul 1 pagi, 5 pagi dan 5.30 pagi pada 10 April.

Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan onani ke atas seorang remaja berusia 15 tahun manakala bagi remaja berusia 14 dan 16 tahun, masing-masing didakwa dipaksa melakukan onani di depan tertuduh.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!