27 April 2016


RESTORAN nasi kandar terkenal Line Clear yang beroperasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur, sejak tiga bulan lalu, kini mahu dikenali sebagai LC Restaurant.

Pengurusnya, Salim Madinah berkata, penjenamaan semula nama restoran itu dilakukan agar ia dapat berkembang ke peringkat yang lebih luas.

“Penjenamaan semula ini juga bagi memastikan resepi turun-temurun terjaga serta nama restoran tersebut tidak  disalahguna,” katanya.

Menurutnya, proses paten sudah dilakukan pada tahun lalu dan kini bersedia menyaman mana-mana pihak yang menggunakan nama LC Restaurant bagi mengelirukan pelanggan.

Restoran Nasi Kandar Line Clear memulakan operasi di Jalan Penang pada tahun 1949 dan menjadi ikon warisan makanan di Pulau Pinang.

Salim berkata, pihaknya mahu memberi penjelasan kepada oranag ramai bahawa selain daripada LC Restaurant di Kampung Baru dan Penang Road, Pulau Pinang tidak ada lagi cawangan restoran tersebut.

“Semua restoran di Bukit Bintang, Johor Bahru, Melaka dan beberapa tempat lain yang menggunakan nama Line Clear, selain daripada Kampung Baru dan Penang Road adalah bukan cawangan restoran kami.

“Kami membuat pengumuman ini kerana terdapat kekeliruan apabila terdapat sebuah restoran yang beroperasi di Selangor yang dipercayai menggunakan nama Line Clear,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!