19 April 2016


Ipoh: Sukar untuk mempercayai apabila diberitahu mengenai kehidupan tiga beranak yang terpaksa tinggal dalam kereta akibat kesempitan hidup.

Melihat situasi itu dengan mata kepala sendiri, perasaan tidak percaya bertukar menjadi sayu dan hiba kerana memikirkan ketidakselesaan mereka yang terpaksa berhimpit serta berpanas dalam kereta kecil.

Desakan hidup itu terpaksa dilalui R Rengaiya, 51, serta isteri, N Karnagi, 44, serta anak lelaki tunggal mereka, R Vikenshwaran, 7, sejak lebih sebulan lalu.

Lebih menyayat hati, Rengaiya baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan buah pinggang manakala isterinya berstatus orang kurang upaya apabila kedua-dua belah kakinya lumpuh sehingga paras pinggang.

Menurut Rengaiya, mereka sekeluarga terpaksa keluar dari rumah sewa di Taman Kinta, di sini, sejak awal Mac lalu kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyewa rumah.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!