8 April 2016


“Jangan cabar saya. Kalau sama-sama nak buka, kita buka. Kalau sama-sama nak telanjang kita telanjang.”

Demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang dipercayai merujuk kepada tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang masih mempertikaikan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

Ahmad Razif menegaskan, beliau tidak akan sekali-kali berundur dan menyerah kalah kepada sebarang desakan mengenai keduduk­annya dan kepemimpinan negeri.

“Macam sayalah, mula-mula cara baik, tapi kalau cabar saya, kena peranglah. Kita sendiri pun ada tahap kesabarannya. Jangan ingat saya MB (Menteri Besar), saya penakut. Kalau dah jadi MB bukan calang-calang buat. Untuk mengalah tidak sekali-kali kerana saya juga keturunan darah pahlawan (keturunan Bugis). Jadi jangan cabar dan cuba runtuhkan rumah UMNO yang telah kukuh dan kuat ini.

“Jangan sekali-kali (cabar) kera­na kita yang pernah diajar untuk jadi kurang ajar. Tapi pantang kita dicabar. Kita akan pertahankan habis-habisan kerana apa yang kita warisi untuk pertahankan kehebatan 70 tahun lalu dan akan kita teruskan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Pejabat UMNO Cawangan Pekan Kerteh dekat sini hari ini.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri mempersoalkan apakah guna­nya mereka memperjuangkan UMNO sekiranya pada masa yang sama turut bertindak meruntuhkan parti yang telah lama ditubuhkan untuk membela bangsa dan agama.

“Ini bukan cara kita perjuangkan UMNO. Sebaliknya kita kena sanggup berkorban untuk anak bangsa,” jelas beliau.

Katanya, beliau sentiasa sedia menerima apa sahaja teguran asalkan untuk tujuan kebaikan parti dan seluruh rakyat khususnya di negeri Terengganu.

“Mungkin ada yang berkecil hati tapi jangan terus menyerang. Mari kita bincang dan berganding dengan saya untuk kita pastikan (UMNO dan BN) menang dalam pi­li­han raya akan datang dengan solidariti dan muafakat,” ujarnya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!