5 April 2016


Keluarga Lionel Messi menafikan hari ini bahawa pemain itu terbabit dalam mengelak cukai selepas bintang Barcelona itu muncul selaku seorang daripada ramai personaliti yang didakwa terbabit dalam skandal Panama Papers. 

"Keluarga Messi mahu menjelaskan bahawa Lionel Messi tidak melakukan sebarang kesalahan yang dikaitkan dengannya, dan dakwaan dia mencipta langkah untuk mengelak pembayaran cukai, termasuk jaringan pembersihan wang haram, adalah salah dan menghina," kata kenyataan itu. 

Skandal itu memuncak Ahad lalu apabila kumpulan media itu menyiarkan secara umum siasatan lebih setahun di seluruh dunia mengenai harta daripada 11.5 juta dokumen yang bocor daripada firma guaman di Panama yang mendedahkan kekusutan urusan kewangan luar pesisir oleh kelompok elit. 

Antara yang didakwa terbabit termasuk rakan rapat Presiden Russia, Vladimir Putin, saudara pemimpin China, Xi Jinping, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson selain selebriti sukan dan televisyen.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!