28 April 2016


Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai gabenor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bakal menamatkan kontrak perkhidmatannya pada akhir bulan ini.

Muhammad berusia 56 tahun yang telah menyertai bank pusat sejak tahun 1984 merupakan gabenor BNM yang kelapan untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei ini.

Jawatan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya yakin kepimpinan yang akan diterajui oleh Muhammad mampu terus memberi sumbangan dalam membantu kerajaan daripada pelbagai aspek dan pulangan positif.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!