8 April 2016


Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang terpalit dengan kontroversi cicak yang ditemui dalam hidangan nasi lemak menyatakan pihak mereka akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyiasat perkara tersebut.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media, AirAsia berkata pihak mereka kini sedang dalam perbincangan dengan penumpang terbabit untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

AirAsia juga tidak keberatan untuk menanggung kesemua kos perubatan, memandangkan penumpang itu turut mengadu mengalami keracunan makanan akibat memakan nasi lemak tersebut.

"Kami akan membantunya dari segi kos perubatan dan masih menanti laporan dan bil perubatan," kenyataan itu menyebut.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pembekal makanan atau caterer penerbangan itu telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat Gred A Premis Bersih oleh Majlis Daerah Kuala Selangor.

Malah ia turut mendapat pensijilan ISO 22000:2005 dari SGS United Kingdom. Prosedur audit pula dijalankan secara berkala.
Seorang penumpang Waseem Abbas, sebelum ini berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan bangkai cicak dalam nasi lemak yang dihidang kepadanya dalam penerbangan AK 5232 dari Kuala Lumpur ke Kuching.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!