8 April 2016


Stockholm: Empat tahun selepas meraikan ulang tahun ke-100, seorang wanita di sebuah bandar di barat Sweden ditawarkan tempat di sebuah tadika tempatan.

“Ia sangat hebat. Saya mesti menjadi satu-satunya orang yang berusia 104 tahun ditawarkan tempat di tadika. Tetapi saya tidak berminat,” kata Maja Bergstrom yang dipetik oleh akhbar tempatan Hallands Nyheter.

Wanita itu berkata demikian selepas pihak berkuasa menulis kepada anak perempuannya, Birgitta, 78.
Birgitta berkata, dia dan ibunya tidak dapat menahan diri daripada ketawa apabila membaca kandungan surat berkenaan.

“Saya tidak dapat bayangkan ibu saya beratur menaiki bas untuk ke tadika,” katanya.

Stigert Petterson, pegawai yang bertanggungjawab terhadap pendaftaran sekolah tempatan di bandar Hytle berkata, surat tawaran itu ialah untuk kanak-kanak yang dilahirkan pada 2011, 2012 dan 2013.

“Tanpa disedari terdapat kesilapan yang dilakukan komputer dan mereka yang dilahirkan 100 tahun dahulu juga dihubungi.

“Ia memang memalukan, tetapi lucu,” kata Petterson.

Tadika di Sweden menerima kemasukan kanak-kanak berusia antara satu dan enam tahun sebelum mereka memasuki sekolah rendah

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!