7 April 2016


Guangzhou: Menggunakan robot sebagai pelayan nyata bukan idea yang bijak apabila beberapa restoran di bandar ini ditutup atau ‘memecat’ pekerja mekanikal mereka itu.

Akhbar Worker’s Daily melaporkan, dua restoran yang menggunakan robot sebagai pelayan sudah ditutup dan yang ketiga masih beroperasi dengan satu robot selepas semuanya dipecat.

Keadaan itu disebabkan pemilik restoran menerima banyak aduan daripada pekerja manusia mengenai prestasi robot berkenaan.

“Robot itu tidak mampu memegang mangkuk sup atau makanan lain dengan stabil, malah ia sering kali terjatuh dan pecah.

“Majikan saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan robot lagi,” kata seorang pekerja.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!