28 April 2016


Indiana – Seorang pencuri yang memecah masuk ke dalam garaj di kediaman seorang lelaki bertindak menyaman pemilik rumah tersebut kerana menembaknya.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa David A. Bailey, kini 31, dari Albany, Indiana memecah masuk ke dalam garaj milik David McLaughlin di Dunkirk, Indiana pada 21 April 2014.

McLaughlin, kini 33, melepaskan beberapa das tembakan ke arah penceroboh itu ketika dia melarikan diri. Sebutir peluru itu mengenai tangan kiri Bailey.

Pada September 2014, panel juri Mahkamah Tinggi Daerah Jay mendapati McLaughlin bersalah kerana cuai semasa melepaskan tembakan. Hakim Max Ludy menjatuhkan hukuman penjara 60 hari ke atas McLaughlin diikuti empat bulan tahanan dalam rumah.

Pada Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Daerah Jay, Brian Hutchinson menjatuhkan hukuman tahanan rumah selama tiga tahun ke atas Bailey yang mengaku bersalah kerana pecah rumah.

Pada minggu lalu, peguam Bailey, Jason Delk dan Daniel Gibson memfailkan saman terhadap McLaughlin di mahkamah sama untuk menuntut sejumlah ganti rugi.

Dalam saman tersebut, Bailey mendakwa dia tidak pernah menceroboh ke dalam garaj McLaughlin untuk mencuri. McLaughlin dituduh melepaskan tembakan ke udara sebaik sahaja keluar dari rumahnya selepas mendengar alat penggera di garajnya berbunyi, manakala Bailey pula berada di sebuah lorong berhampiran.

Saman itu mendakwa McLaughlin melepaskan tembakan ke arah lorong gelap itu ketika Bailey mula melarikan diri.

Maklumat saman itu turut mendedahkan McLaughlin melepaskan tiga das tembakan ke arah Bailey, satu daripadanya hampir mengenai kepala pencuri itu, sementara peluru kedua mengenai tangan kirinya dan menyebabkan kerosakan kekal.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!