28 April 2016


Pelajar tingkatan dua yang putus tangan kanan serta patah tangan dan kaki kirinya selepas disedut mesin pam angin di sebuah bangsal ternakan ayam di Kampung Ulu Krong, Tanjung Lengkong, Perak, kelmarin, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Mohd. Syafiq Mohd. Rosdi

Mangsa, Mohd. Syafiq Mohd. Rosdi, 14, kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Rosdi Mat Shohor, 46, meskipun anaknya, Mohd. Syafiq telah mula sedarkan diri, dia masih mengalami trauma sebaik sahaja menyedari tangan kanannya hilang.

“Setakat ini, saya belum dapat berbual dengannya bagi mengetahui punca sebenar memandangkan dia masih terkejut dengan kejadian itu.


“Syafiq masih meracau dan tidak menjawab pertanyaan saya. Kini saya dan isteri menjaga Syafiq di hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, pelajar dari sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Bayor, Rantau Panjang, Perak, tersebut dikatakan melakukan kerja sambilan di sebuah bangsal ternakan ayam berdekatan rumahnya.

Difahamkan, semasa melakukan kerja tersebut, tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin sebelum disedut dan putus sebaik sahaja terkena bilah kipas dalam mesin berkenaan.

Susulan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.
Bagaimanapun doktor mengambil keputusan memindahkannya ke HKL, awal pagi semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!