5 April 2016


Seorang renjer yang bertugas sebagai pelatih gajah berdepan detik-detik mencemaskan apabila dikejar seekor badak sumbu yang cuba melindungi anaknya di Taman Negara Kaziranga di Assam, India.

Portal Mail Online melaporkan, walaupun berjaya menakutkan lelaki itu sehingga mangsa terpaksa memanjat pokok, badak dewasa tersebut tetap bertindak agresif apabila cuba menyerang mangsa dengan menggunakan sumbunya.

Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik apabila badak sumbu tersebut dan anaknya beredar dari kawasan berkenaan tidak lama kemudian.

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang pencinta alam semula jadi profesional, Kushal Boruah yang turut mendengar jeritan mangsa di taman negara berkenaan.

“Lelaki itu kelihatan sangat takut, namun dia bertindak bijak apabila memanjat pokok ketika dikejar.

“Dia memang bernasib baik kerana kejadian itu disaksikan oleh beberapa orang pelancong lain dan kami berjaya menghalau badak tersebut dari situ,” katanya yang memberitahu, haiwan tersebut bertindak demikian untuk melindungi anaknya.

Jelas Boruah, kedua-dua ekor badak sumbu itu kemudian kembali ke habitatnya dan bersembunyi di sebalik rumput tinggi.

“Serangan badak sumbu memang biasa berlaku di mana-mana safari, namun kami akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk melindungi diri,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!