26 April 2016


Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, bertekad untuk terus membuktikan taat setia kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar sebentar tadi, Ahmad Razif berkata kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi masih memegang jawatan. 

"Saya amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku di dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah itu. "Yang penting kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara," katanya. 

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada BERNAMA, memaklumkan Sultan Mizan telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!