22 April 2016


Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan tiga individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas 191 pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang ha­ram berjumlah RM16.62 juta.

Pada 31 Mac lepas, Otman Arsahd yang kini digantung tugas mengaku tidak bersalah atas 32 pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan jumlah RM38.4 juta.

Otman bersama Halmi Khalid dan Abdul Gafar Abdurahiman serta isterinya, Siti Rohanah Hussien mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail, Hakim Mohd. Nasir Nordin dan Hakim Sohaini Alias.

Otman, 57, menghadapi 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16.62 juta hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank dan RHB melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.

Abdul Gafar, 42, iaitu pengarah syarikat peralatan sukan di bawah KBS dan isterinya seorang suri rumah, Siti Roha­nah, 42, masing-masing didakwa atas 63 pertuduhan memindahkan sejumlah wang berjumlah RM15.72 juta menerusi 63 transaksi daripada akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa sama.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!