14 April 2016


GEORGE TOWN – Sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 0.5 Jambatan Pulau Pinang arah pulau menuju ke Seberang Perai di sini kira-kira pukul 6.20 petang semalam.

Mangsa, Mohamad Rizal Salim, 39, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Norain Ahmad, 33, yang hamil sembilan bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Fahid berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang mereka tunggang terbabas lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta Toyota Vios dari arah pusat bandar menuju ke jambatan.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Seberang Perai Tengah dekat sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa Mohamad Rizal, Salim Md. Desa ketika ditemui Kosmo! di Unit Fotensik HSJ berkata, anak dan menantunya itu dalam perjalanan dari rumah mereka di George Town ke rumahnya di Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah untuk mengambil kereta mereka yang diletakkan di situ.

“Dia sempat menghubungi saya memberitahu mahu datang ke rumah selepas solat Asar namun saya menerima berita kemalangan tersebut seketika kemudian,” katanya dalam nada sugul.

Pasangan suami isteri pekak dan bisu itu merupakan ibu bapa kepada budak mata biru, Mohd. Aizat Aiman, 8, yang kisahnya pernah disiarkan di Kosmo! sebelum ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!