15 April 2016


Sembilan penunjuk perasaan wanita dari Gunung Kendeng di daerah Rembang, Jawa Tengah, menyimen kaki mereka dengan tujuan, bukan sahaja untuk membantah pembinaan kilang simen di tempat mereka, tetapi juga untuk mengingatkan generasi muda supaya menghormati alam semula jadi.

Mereka menunjuk perasaan di depan Istana Presiden kelmarin, selepas mula berbuat demikian Selasa lalu. Mereka mendesak supaya dibenarkan bertemu dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk menyuarakan kekecewaan penduduk Kendeng terhadap pembinaan kilang simen oleh syarikat milik negara, PT Semen Indonesia.

Penduduk di kawasan itu berkata, pembinaan kilang berkenaan menjejaskan alam sekitar dan mengancam kehidupan mereka sebagai petani.

“Kami mahu memberikan mesej kepada generasi muda bahawa alam semula jadi bukan sahaja sumber kemewahan, tetapi juga perlu dikekalkan,” kata Sukinah, antara wanita yang menyimen kaki mereka.

Sembilan wanita itu yang digelar ‘Kartini Kendeng’ menyimen kaki mereka sejak Selasa lalu dan memerlukan bantuan orang sekeliling untuk bergerak.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!