15 April 2016


Pelakon ter­kenal Bollywood, Shah Rukh Khan berkata, filem Bollywood tidak lagi memerlukan aksi tarian dan nyanyian untuk menambat hati penonton kerana industri filem kini sudah berubah.

Shah Rukh yang berada di London dalam lawatan singkat untuk mempromosikan filem terbarunya Fan juga memberitahu, semua pihak termasuk golongan pembikin filem muda menyedari bahawa tidak semua filem perlu disertakan lagu.

“Bagaimanapun, situasi ini tidak akan berubah kerana memerlukan tempoh masa yang panjang untuk memisahkan nyanyian daripada filem Bollywood. Setiap filem juga mempu­nyai keperluan berbeza,’’ ujarnya.

Filem-filem tradisi Bollywood mempunyai skor muzik yang kompleks dan pembikin filem se­ring memasukkan aksi tarian dan nyanyian dalam filem masing-ma­sing, malah kejayaan sesebuah filem lebih bergantung kepada muzik berbanding plot filem.

Filem terbaru Shah Rukh yang ditayangkan di seluruh dunia pada Jumaat lalu menyaksikan aktor itu melakonkan dua watak iaitu seorang peminat yang terlalu memuja bintang filem yang seiras wajahnya.

Dalam pada itu, filem Fan mempunyai lagu tema tetapi tidak dimasukkan dalam filem ber­kenaan dan hanya digunakan dalam sedutan bagi tujuan promosi.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!