7 April 2016


Tindakan kejam seorang pemain ragbi menendang muka pemain lawan tanpa sebarang provokasi menyebabkan beliau dilarang bermain sukan tersebut selama 99 tahun.

Menurut laporan Syney Morning Herald, Cipriano Martinez dari kelab Pucará dirakam melakukan perbuatan kejam tersebut semasa perlawanan diantara kelab minggu lepas.

Mangsa, Juan Masi tidak melakukan sebarang provokasi terhadap Cipriano sebelum disepak dengan kuat oleh pemain tersebut.

Kelab ragbi Pucará mengeluarkan satu kenyataan dan mengecam tindakan Cipriano yang hampir mengorbankan nyawa mangsa.

"Kami benar-benar meminta maaf kepada Juan Masi dari kelab ragbi San Albano, dan kepada sukan ragbi secara amnya," kata kenyataan tersebut.

Walaupun Cipriano dihukum larangan bermain selama 99 tahun, hukuman lebih berat dijangka akan dijatuhkan terhadapnya oleh badan ragbi kerajaan Argentina.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!