20 April 2016


CHINA. Bagaikan aksi dalam filem 'Transformers', dua jengkaut milik dua syarikat pembinaan berbeza dirakam 'bergaduh', Sabtu lepas.

Menurut Skynews, kedua-dua syarikat dalam proses merebut tapak potensi pembinaan di Hebei.

Selain dua jengkaut berkenaan, terdapat beberapa kenderaan berat lain dikatakan melanggar antara satu sama lain sehingga menyebabkan kenderaan milik syarikat lawan terbalik.

Orang awam yang memandu kereta terpaksa melarikan diri disebabkan kesesakan lalu lintas dan debu tebal yang lahir dari pergaduhan tersebut.

Jurucakap kerajaan tempatan, Xu Feng berkata mereka yang terlibat dalam pergaduhan tersebut tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!