29 April 2016


"KAPAL terbang saya dipanah petir. Saya menjerit.”

Itu merupakan salah satu tweet yang dikirim penumpang pesawat British Airways (BA) pada Rabu.

Mereka berkongsi pengalaman cemas di media sosial selepas pesawat yang dinaiki dipanah petir.

Penerbangan BA857 dari Prague ke London itu bagaimanapun selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, lapor Mashable.

Namun, rata-rata penumpang menyatakan mereka melihat cahaya terang dan bunyi bising secara tiba-tiba dari dalam pesawat.

Storm West London Putney. Lightning, rain, snow, hail. The BA987 Airbus struck by lightning on aprch to LHR. pic.twitter.com/uNmYQB0jlk

British Airways dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu akan diperiksa sebelum dibenarkan terbang semula.

“Keselamatan penumpang dan krew kami sentiasa menjadi keutamaan. Panahan petir merupakan perkara biasa, dan pesawat telah direka bentuk untuk bertahan dalam situasi itu,” tambah syarikat penerbangan itu.

Seorang jurugambar, Aled Rhys Jones merakam detik pesawat tersebut dipanah petir dan memuat naik video insiden di YouTube:

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!