13 April 2016


Britain – Seorang pemandu teksi di sini terkejut apabila menerima semula wang sebanyak £250 (RM1,400) yang telah dicuri kira-kira 12 tahun lalu berserta sepucuk surat permohonan maaf baru-baru ini.

Surat dan wang tunai itu diterima oleh Abubakar Lorgat, 49, yang kehilangan dompetnya semasa memandu teksi pada tahun 2004. Surat tersebut dihantar ke rumahnya di Blackburn di sini bersama lima keping not £50 (RM280).

“Saya meminta maaf dan berharap anda dapat memaafkan saya,” tulis pencuri tersebut di dalam surat berkenaan.

Menurut Abubakar, ekoran kejadian kehilangan dompet berkenaan 12 tahun lalu, dia mengalami kesukaran pada minggu tersebut kerana wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli barangan dapur.

“Duit yang dipulangkan semula ini akan saya gunakan untuk melawat keluarga di India dan sebahagiannya lagi, saya akan berikan kepada pusat komuniti masyarakat,” ujar Abubakar.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!