20 Mei 2016


Dua beranak yang mendakwa sebagai ahli perniagaan diberkas bersama wang tunai berjumlah RM2.4 juta yang dibawa menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 di Kilometer 24, Jalan Ulu Pauh-Padang Besar dekat sini kelmarin.

Kesemua wang kertas not RM50 sebanyak 48,000 keping itu ditemui di dalam dua buah kotak yang diletakkan di belakang Audi Q7 tersebut. Salah satu kotak itu ialah kotak kopi segera jenama Ben Cafe manakala kotak kedua ialah kotak Gold Roast.

Mereka yang berumur 19, dan 54 tahun itu ditahan sepasukan anggota Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) yang membuat rondaan di kawasan tersebut pada pukul 6.30 petang kelmarin.

Semasa ditahan, kedua-dua beranak itu dalam perjalanan dari Padang Besar menuju ke Chuping dekat sini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!