12 Mei 2016


Doktor di India hari ini menyatakan kebimbangan dari sudut etika dan kesihatan selepas seorang wanita melahirkan anak pertamanya pada usia 70 an, dua tahun selepas rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Daljinder Kaur melahirkan anak lelaki bulan lalu selepas menerima rawatan kesuburan di sebuah klinik di utara India bersama suaminya, berusia 79 tahun. Kaur berkata, pasangan itu yang sudah berkahwin selama 46 tahun, gembira kerana akhirnya memiliki anak sendiri selepas sekian lama dicemuh akibat mandul. 

Namun pakar kesuburan, Dr Sunil Jindal menimbulkan persoalan mengenai masa depan seorang kanak-kanak dilahirkan ibu bapa berusia, selain isu kesihatan si ibu. "Ada isu etika. 

Pada pandangan saya, adalah tidak adil melakukan prosedur seperti itu ke atas wanita yang berusia lebih 60 tahun. Hakikat bahawa seorang wanita berusia 70 an terpaksa membawa beban kandungan selama sembilan bulan amat memberi tekanan. 

"Kemudian timbul persoalan, bagaimana ibu bapa menjaga anak mereka? Itu juga satu tugas yang besar," katanya. Klinik di negeri utara Haryana, memberitahu, pasangan itu hamil menggunakan telur Kaur dan sperma suaminya selepas dua cubaan gagal sebelum itu. 

Namun akhbar Guardian hari ini memetik doktor di klinik terbabit sebagai berkata, telur penderma digunakan. Pakar sakit puan, Dr Anshu Jindal, berpusat di Meerut, tidak jauh dari ibu kota ini berkata, beliau cuba menghalang wanita berusia lebih 60 tahun daripada menjalani rawatan kesuburan, demi ibu dan anak.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!