11 Mei 2016


Seorang banduan di Colorado memfailkan satu tuntutan pewaris di sebuah mahkamah di sini membabitkan harta Prince, mendakwa pemuzik itu adalah bapa kandungnya. 

Dalam fail Mahkamah Daerah Carver County, Calvin Q Williams dari Kansas City, Missouri mahukan ujian DNA untuk menentukan sama ada beliau adalah anak Prince. 

Dalam satu afidavit bersama fail mahkamah, ibu Williams, Marsha Henson berkata, beliau mengadakan hubungan seks dengan Prince pada Julai 1976 dan melahirkan anak lelaki pada bulan April tahun kemudiannya. 

Di bawah undang-undang Minnesota, anak adalah yang pertama mewarisi harta dan mungkin meletakkan Williams mendahului adik beradik Prince, jika mahkamah bersetuju beliau adalah anak Prince. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!