13 Mei 2016


Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 54, enggan memohon maaf atas tindakannya membuat laporan polis terhadap anggota lain kumpulan legenda tersebut dengan dakwaan pecah amanah.

Sebaliknya, Yazit mengakui mahu membuat laporan kedua berhubung dengan beberapa salah-laku ahli kumpulan tersebut.

“Tidak ada sebab untuk saya mengemukakan permohonan maaf kepada kumpulan Search dan menarik kembali laporan yang telah dibuat.

“Banyak lagi salah laku yang telah dilakukan oleh mereka dan saya akan membuat laporan susulan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar yang berlangsung di G Tower di sini semalam.

Yazit diminta untuk mengulas kenyataan empat lagi ahli kumpulan Search iaitu Amy, Nasir, Kid dan Din yang mahu dia mengeluarkan pernyataan maaf dalam tempoh 48 jam kelmarin.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!