13 Mei 2016


Pas menggesa parti pembangkang lain supaya tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan meletakkan calon sekadar mahu menguji sokongan hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

“Berhubung dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan dalam waktu terdekat, diharapkan tiada parti pembangkang lain meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan.

“Tindakan demikian tidak lebih daripada hanya memberi peluang besar kepada BN menang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut berkeras mempertahankan keputusan Pas bertanding di kedua-dua kerusi tersebut .

Katanya, pemimpin pembangkang perlu sedar pertembungan sesama sendiri hanya membenarkan bidalan ‘yang kalah jadi abu, menang jadi arang’.

“Pas akan bertempur habis-habisan terhadap Umno-BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi Pas.

“Pas tegas akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini,” katanya.

Katanya, komitmen Pas untuk terus menentang BN di Sarawak dan di kedua-dua PRK itu juga menepis tuduhan Pas mahu bergabung dengan Umno-BN.

“Fitnah itu berlegar sehingga hari ini dan dipercayai sengaja disebar bagi memecahkan (kesatuan dalam) Pas dan membenarkan tindakan menubuhkan parti baharu,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin blok pembangkang perlu sedar pertembungan sama sendiri hanya akan membuatkan ‘yang kalah jadi abu, menang jadi arang’.

“Tindakan mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon bermakna mereka memberi tongkat kepada BN. Sesungguhnya, PRK ini bukan medan nak tunjuk hebat,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!