24 Mei 2016


Alabama: Seorang wanita membunuh anak anjing suaminya untuk memalsukan keguguran selepas berpura-pura hamil selama tujuh bulan.

Johny Parker berkata, dia pulang ke rumah trelernya di Lawrence County, di sini dan mendapati isterinya, Anita, 43, di atas katil dengan berlumuran darah sambil menjerit mengalami keguguran selain kononnya mengepam janin itu ke dalam tandas.

Bagaimanapun, apabila di bawa ke hospital, doktor memberitahu Johny bahawa ujian yang dijalankan menunjukkan Anita tidak pernah hamil.

Dia kemudian pulang ke rumah bersama saudara dan mendapati anak anjingnya baka chihuahua berumur lapan bulan hilang.

Jirannya kemudian menemui bangkai anak anjing itu dan membuangnya ke dalam tong sampah.

“Ia sangat menyedihkan. Saya sayangkan anjing itu,” katanya.

Jelasnya, dia langsung tidak pernah mengesyaki Anita memalsukan kehamilan itu walaupun isterinya enggan membenarkan dia menemaninya ketika temu janji doktor.

Malah, Anita kerap menunjukkan gambar imbasan janin lelaki yang disyaki diambil dari Internet.

“Dia benar-benar nampak seperti mengandung. Saya memang tidak menyangka semua ini satu penipuan,” katanya.

Anita ditahan atas dakwaan melakukan kekejaman darjah pertama terhadap haiwan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!