13 Mei 2016


Jemaah di Masjidilharam di sini kini boleh mengecas telefon di masjid berkenaan.

Perkhidmatan itu dilancarkan majlis pengurusan hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, semalam.

Naib Presiden majlis, Mashhour Al-Munimi berkata, tempat mengecas itu disediakan di beberapa tiang dan setiap tiang itu ditempatkan lapan soket.

Perkhidmatan terbaru yang disediakan untuk kemudahan jemaah itu juga menyediakan saku bagi meletakkan telefon ketika ia dicas.

“Ia bertujuan untuk memudahkan jemaah. Bagaimanapun kami tidak akan bertanggungjawab jika telefon itu hilang atau rosak,” kata Mashhour.

Menurutnya, setiap jemaah dibenarkan mengecas selama lima minit jika masjid itu sesak.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!